Jumaat, 20 April 2012


zaman sekarang nieh semakin canggih... semakin bnyk jgk penyakit kan... :)just nk kongsi tentang kanser pangkal rahim..kanser yg kedua pling bhya utk kaum perempuan.. cegah lah is sebelum parah .. (wah....ayt..).... 



FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM
Punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.
Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM
Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.
Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakit puan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
  1. Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
    Rajin-rajin lah buat pemeriksaan PAP SMEAR di hospital berdekatan , mencegah lebih baik dari berubat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan